Khamis, 1 Oktober 2009

PERHATIAN

MEMO PENTING

PERKARA LATIHAN/KULIAH BERJALAN SEPERTI BIASA
KEPADA SEMUA ANGGOTA JPAM KUIM
SALINAN KEPADA -HEP-(Pn. Pgw.Tadbir)
-Pengerusi JPAM


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa latihan/kuliah Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) KUIM akan berjalan seperti biasa. Sehubungan dengan itu, kepada semua anggota JPAM KUIM yang telah mendaftar DIWAJIBKAN melapor diri pada masa yang telah ditetapkan.

3. Butirannya adalah seperti berikut
Tempat : Akademi Pengajian Islam (API) Dewan Kuliah 2A
Hari : Isnin / 05.10.2009
Masa : 5.00 Petang

4. Saya berbesar hati dan berharap senua anggota JPAM KUIM dapat member kerjasama bagi menjayakan latihan/kuliah yang telah ditetapkan. Segala jasa baik dan kerjasama daripada anggota amat saya hargai.

Sekian Wasalam,
“SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI”

Isnin, 24 Ogos 2009

APA ITU JPAM???


DEFINISI JPAM MENGIKUT AKTA
“Pertahanan Awam” meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian dari akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.VISI JPAMKearah mengujudkan masyarakat yang proaktif dan responsif terhadap bencana yang mangancam nyawa dan harta benda
MISI JPAM
Untuk memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sekiranya berlaku bencana dan ancaman peperangan
MOTO JPAM
SEDIA-PANTAS- BERINTEGRITI
OBJEKTIF JPAM
1.Mengurangkan risiko akibat bencana:-- latihan kepada orang awam- sistem amaran bencana- pusat-pusat perlindungan
2. Respond kepada bencana- menubuhkan pasukan-pasukan (first responder)- perhidmatan kecemasanpemulihan
FUNGSI JPAM
1.Mengubal dan melaksanakan dasar-dasar pertahanan awam selaras dengan kehendak semasa
2.Mengurus angkatan pertahanan awam yang terlatih, cekap dan berdisplin
3.Menyelamat mangsa dan harta benda semasa bencana
4.Melaksanakan khidmat kecemasan yang cekap , berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara
5.Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan pertahanan awam
6.Merancang , melaksana dan memantau aktiviti khidmat sokongan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi
7.Menjalinkan hubungan dan kerjasama dalaman dan antarabangsa dalam konteks pertahanan awam